Program Realiti TV yang diterbitkan oleh ASTRO, TV3 dan mana-mana media tidak wajar dikembangkan kerana ianya mengekploitasikan generasi muda dan belia hari ini. Program ini banyak membawa kepada khayalan dan kegilaan untuk anak-anak muda bercita-cita menjadi artis yang merupakan satu bidang glamour tetapi mendedahkan mereka kepada gejala sosial.
Artis bukanlah satu profesion yang mendatangkan manafaat yang besar dari segi ekonomi seperti profesion lain untuk menjanakan pendapatan. Melahirkan lebih ramai artis bermakna melahirkan lebih ramai model kacau bilau masyarakat. Sejauh ini tidak ramai artis yang muncul menjadi idola dan juga model yang baik kepada masyarakat, sebaliknya dimajalah-majalah dan media-media setiap hari memaparkan isu-isu artis yang terjebak dengan gejala sosial, seperti penagihan dan pengedaran dadah, pecahbelah rumahtangga seolah-olah masyarakat artis itu adalah satu kumpulan masyarakat yang suka bertukar pasangan.
Puteri UMNO telah menyingkap kembali sejarah bagaimana Singapura menghancurkan golongan muda pada permulaan Singapura berpecah dari Malaysia. Anak-anak muda digalakkan melibatkan diri didalam berbagai bidang seperti menubuhkan kumpulan kugiran, kelab tari menari, menjadi model fesyen yang menjolok mata. Kerajaan Singapura membantu mana-mana belia Melayu dalam bentuk peruntukkan kewangan membeli alat-alat muzik dan sebagainya supaya pemikiran belia-belia Melayu di Singapura pada waktu itu tidak memikirkan soal bangsa mereka yang tersepit itu.
Program Realiti ini juga menyedut duit remaja melalui pesanan SMS hingga syarikat-syarikat telekomunikasi dan penerbit untung berlipat ganda. Sepatutnya dengan keuntungan itu mereka menyumbangkan kepada sosial golongan muda bagi mereka menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan program membina masadepan mereka. Namun hasil itu hanya dikaut oleh golongan konglomerat seperti memerah minyak ikan kering.
Kerajaan sepatutnya tidak begitu liberal terhadap program yang membunuh potensi masadepan anak-anak muda.Kecuaian pemerintah masa kini akan mendatangkan kesan jangka panjang kepada generasi masa depan. Dengan itu disarankan kerajaan mengurangkan liberalisasi dalam penerbitan. Ini memandangkan apabila generasi hari ini meningkat dewasa dengan pemikiran yang terlalu liberal mereka tidak lagi mengingati perjuangan bangsa dan agama.
Puteri yang akan mewarisi masadepan negara mendesak kerajaan supaya bertegas dan mengadakan polisi-polisi tertentu bagi membendung hiburan tanpa batas yang akan menjahanamkan masadepan negara.

4 ulasan:
Suara Puteri UJ.
Tahniah pu3 UMNO Jerantut kerana muncul semula dilayar. Kami amat meminati SPUJ, kerana kelantangannya. Kami telah melawati banyak blog pu3 bahagian dan negeri lain tetapi tidak ada blog puteri yang seberani pu3 Jerantut.
Memang benar artis sekarang tidak seperti artis zaman 60an dan 70an yang boleh diteladani kehidupan mereka. Artis sekarang berbagai ragam yang menyakitkan mata dan telinga kerana terlibat dengan berbagai gejala sosial tidak boleh dijadikan contoh lagi. Bertambah jumlah artis bertambah semak dengan model kebejatan sosial kerana apa juga isu2 dan aktiviti mereka terpapar dimedia arus perdana. Ini termasuklah penagih dadah, mengedar dadah dan saban hari kisah perceraian para artis terpapar dimedia. Masyarakat sudah ada persepsi bahawa artis adalah penuh berlumuran dengan kedhaifan sosial, akhlak, moral dan ilmu. tidak dinafikan ada segelintir tokoh artis seperti Mawi,Dato Siti Norhaliza, M Nasir lebih dihormat tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Dato Rais harus memantau hal ini. Program realiti hanyalah menjadikan alat muda mudi melayu mbagi kolongmerat seperti India- Anenda Kresnan mengayakan diri.Sepatutnya sudah untung besar disumbangkan kepada sosial bagi tujuan golongan muda menambah ilmu, kemahiran dan lain-lain. Contohnya mereka mengaut keuntungan besar hasil dari sms dari gulungan belia melayu.
Kerajaan hendaklah membuat dasar tertentu dalam bendungan hiburan yang merosakkan orang melayu.Akademi Fantasia itu patut diberhentikan tahun hadapan. Apakah kita ingin menjadikan generasi masa hadapan orang melayu sebagai bangsa hayal dan suka berhibur semata-mata????.
Pu3 Jerantut teruskan kami tetap memilih anda.
Salam.Tahniah kerana menyatakan kebenaran.Puteri UMNO Jerantut juga perlu mengingatkan pemimpin pemimpin atasan agar menolak rasuah.Rakyat menolak UMNO adalah kerana ramainya pemimpin pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah.Apa akan jadi pada negara kalau rasuah berleluasa? sudah tentu negara akan porak peranda.Puteri perlu menolak pemimpin yang rasuah dan perlu mengerakkan kesedaran kepada perwakilan untuk menolak pemimpin yang tidak bersih.
Suara Puteri UMNO Jerantut,
Langkah permulaan serta pertama dan paling penting ialah pastikan semua puteri UMNO menutup "AURAT", antaranya BERTUDUNG KEPALA, TIDAK PAKAI BAJU KETAT DAN SELUAR KETAT. kedua: Tiada lagi perempuan melayu menjadi GRO, dan seterus nya....seterus nya termasuk lah program realiti.
Bermula Ketua puteri nya menutup kepala!
sdr ANON 01:25,
Tidak ada mana parti politik dalam malaysia yang menubuh cawangan puteri kecuali UMNO. Ini kerana UMNO adalah sebuah parti yang dinamik. Sebagai sebuah parti politi yang terbuka merka mengkaji lapisan sosial tua,dewasa,muda, remaja, malah kanak dan bayi. Bagi menyeru golongan remaja untuk menyertai parti politik bukan mudah jika sudah meletakan senapang menghala kepada mereka supaya bertudung atau apa2 jua yang dikaitkan dengan aurat yang sdr katakan itu. Yang penting bagi puteri adala kesopanan.
Tidakkah sdr melihat ragam puteri belasan dan awal dua puluhan?. Mereka berbagai ragam remaja yang dengan stylenya tersendiri. Pendidikan untuk kehidupan seterusnya bermula disitu. Semuanya akan berubah bila tiba masanya. Itulah kelebihan UMNO yang secara intelektual menerima persekitaran yang ada dalam mengembang jenerasi pelapis. Jika kita cepat? minta mereka memasang tudung dan itu ini alamat puteri tinggal kerusi kosong didewan.
sauadara ini realiti kehidupan bangsa melayu. Sdr berfikirlah secara matang untuk menarik rambut didalam tepung. Orang melayu bukan satu bangsa yang ganas seperti Arab, Iran, Irak yang sangat konservetif terhadap pakaian. Nafsu orang melayu boleh dikawal dan kejahatan tidak berlaku dikhalayak. Masyarakat melayu mengamalkan islam secara sederhana bukan fanatik tidak menentu. Apakah yang dituntut menjadi perkara pokok dalam Islam saudara?. Jika itu tidak selesai kita jangan jadikan yang kecil menjadi perkara pokok.
Terima kasih melawati puteri dan memberikan pandangan yang mungkin kami tidak melihat kelemahan itu. Sdr Terima lah kekuatan puteri dan baikilah yang lemah. Terima kasih.
Catat Ulasan