Khamis, 9 September 2010

SALAM AIDILFITRI DARI PUTERI


HARTINI ABD.RAHMAN KETUA PUTERI UMNO JERANTUT PAHANG DM

Dengan ingatan tulus ikhlas saya dan rakan-rakan barisan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jerantut mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap, terkasar bahasa semasa kita bersama-sama berjuang menegakan agama bangsa dan negara.

Semoga persahabatan kita terus kekal padu kerana dalam keadaan bangsa melayu porak peranda ini menuntut kita melupakan segala sengketa dan menghapuskan perbezaan walau sekecil hama. Dihari yang mulia ini sama-samalah kita bersyukur bahawa kemakmuran kita masih kekal walaupun ada pihak tidak senang dengannya. Semoga bergembira. Kami doakan agar saudara saudari dan keluarga dirahmati Allah jua hendaknya. Wassalam.  Hartini.

Selasa, 7 September 2010

PUTERI KECEWA DATO SITI NURHALIZA HANYA KEJAR WANG & POPULARITI


Puteri sangat kecewa terhadap artis dari Pahang Dato' Siti Nurhaliza seorang artis yang telah berjaya dan kaya raya masih lagi mengejar populariti dan wang tanpa mengira perasaan 2.3 juta ahli UMNO diseluruh negara tidak termasuk ahli BN. Kami juga difahamkan Dato Siti Nurhaliza adalah juga seorang ahli UMNO bersama suaminya Dato' K.

Kekecewaan puteri kerana difahamkan Dato' Siti Nurhaliza menerima jemputan konsert besar-besaran anjuran Lim Guan Eng DAPig diPulau Pinang yang dijangka diadakan pada 16 september 2010 akan datang sebagai menyambut Hari Malaysia.

Sesungguhnya Dato' Siti Nurhaliza diperalatkan oleh DAP untuk menarik sokongan orang melayu dan Islam dinegeri itu supaya menyokong kekuasaan mereka. Selepas itu mereka menindas orang melayu dan Islam seperti beberapa peristiwa yang lepas. Selepas hari raya ini akan ada beberapa buah kampung melayu lagi  dimusnahkan.

Jemputan artis-artis popular itu hanyalah mengelabukan mata rakyat negeri itu bahawa kononnya DAPig  prihatin kepada orang melayu-Islam. Tetapi sebenarnya mereka anti Islam dan melayu. Inilah cara Lee Kuan Yew menghancurkan melayu Singapura satu ketika dahulu  dengan menghayalkan orang melayu dengan artis sehingga leka dan sekarang apa jadi?.

Puteri mengingatkan Dato' Siti Nurhaliza bahawa wang dan populariti jangan sampai menjual bangsa ! walaupun artis tiada  terlibat didalam politik tetapi artis juga mesti ada nilai perjuangan dan mengingati kita datang dari mana?