Ahad, 6 Jun 2010

LEBIH RELA HADI JADI PERDANA MENTERI

Jika pilihanraya akan datang BN ditolak oleh rakyat kerana orang cina tidak menyokong kerajaan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, puteri rela Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana keserdahanaan Haji Hadi sebagai seorang pemimpin Parti Islam yang pasti menguntungkan orang melayu juga. Pas juga pasti menolak kepimpinan Anwar yang menjadi boneka parti DAP. Puteri berpendapat orang melayu yang semuanya beragama islam bersetuju jika Pas ingin menubuhkan negara Islam sebagaimana agenda perjuangan Pas sejak dahulu lagi

(2) Pada ketika itu puteri akan mengatakan 'padan muka' Anwar dan Lim Kit Siang yang gilakan sangat hendak menjawat jawatan PM ( Anwar) dan TPM ( Lim Kit Siang). UMNO, ahli-ahli diperingkat bawah tidak rela diperintah oleh boneka yang menderhaka kepada bangsa melayu semata untuk meraih kuasa. Anwar sudah lupa diri itu akan pasti kecundang juga akhirnya. Tawarannya TPM kepada DAP itu adalah perbuatan Anwar lebih besar sudu dari mangkok. Orang Islam tidak mahu Pas sebagai parti yang kedua terbesar umat Islam negara ini patuh dan tunduk kepada Anwar dan Lim Kit Siang. Dayuslah Pas jika tunduk kepada mereka yang tidak Islamik dan kafir harbi itu.

(3) Haji Hadi harus bersedia mengambil alih kuasa jika ingin menyelamat kan Islam sebagaimana tujuan dan matlamat parti itu ditubuhkan. Apakah Pas menerima seorang tokoh yang sangat 'kotor' untuk dijunjung sebagai pemimpin Islam?. Anwar yang sangat libral tentang Islam hingga sanggup menyokong puak kafir menggunakan nama Allah apakah Pas menerimanya? dayuslah Pas, Haji Hadi Dan Timbalannya Yb Nasarudin. Nik Aziz atau nama ringkasnya N. ajis yang mengaku ulamak penuh dengan isu rasuah dan berbagai itu tidak boleh didengar lagi kerana telah nyanyok tetapi masih mabuk kuasa.Islam apa?

(4) Namun demikian, kami puteri UMNO akan mempertahankan UMNO sedaya upaya kami kerana percaya jika UMNO dan BN tidak memerintah, negara ini akan tidak setabil samada politik, agama, ekonomi dan masyarakat kerana diperintah oleh mereka yang tidak ada pengalaman memerintah lagi. Kami yakin orang cina akan kembali menyokong BN kerana mereka juga berfikir bahawa jika politik tidak setabil masyarakat cina mengalami susah yang sangat teruk kerana sebahagian besar masyarakat cina bergantung hidup kepada perniagaan. Apa gunanya jawatan TPM dapat kepada orang cina tetapi politik tidak setabil dan mereka tidak boleh mencari makan?. Orang-orang cina harus belajar dari suasana politik Thailand sekarang. Apakah perniagaan yang boleh menguntungkan diThailand?

(5) Puteri berharap kita rakyat Malaysia baliklah kepangkal jalan dan sokonglah BN sebagai parti pilihan dalam pilihanraya umum akan datang.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kata2 puteri umno yang lemah

one one no belen berkata...

Salam. Kalau rakyat menolak UMNO ini ada;ah kerana pemimpin UMNO terlalu bangsat kerana mereka tidak menjaga bangsanya.mereka cuma mencari keuntungan peribadi mereka sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Puteri,

Betul kata menyegar tu pemimpin UMNO sekarang cari makan sahaja bila dapat jawatan senang jumpa menteri jual nama umno tapi untuk perut sendiri. Tapi bukan semua pemimpin, tapi yang kita tau kat jerantut ini begitulah.