Rabu, 9 Jun 2010

PASUKAN NEGERIA JOHAN BOLA SEPAK PIALA PUTERI UMNO JERANTUT

Temasha sukan anjuran puteri umno Bahagian Jerantut pada Ahad 6 Mei,2010 telah berjaya melibatkan lebih 650 orang peserta yang terdiri dari golongan muda. Kejohanan bola sepak dan bola jaring selama satu hari itu diadakan disekitar bandar jerantut, berpusat diPadang Majlis Jerantut. Pasukan bola terdiri dari 32 pasukan dan bola jaring 12 pasukan.

2 Sukan anjuran puteri UMNO Bahagian Jerantut itu julung kali diadakan secara terbuka telah menarik penyertaan pemuda dari Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan serta peserta luar negara dari Negeria. Hadiah Kejohanan telah disumbangkan oleh Cik Hartini Abdul Rahman selaku Ketua Puteri UMNO Jerantut. Hadiah pertama bernilai RM5000, kedua RM4000 dan tempat ketiga-keempat RM 1000

3 Apa yang sangat menarik dikejohanan tersebut, pasukan dari Negeria telah berjaya bergelar johan. Para penonton berpuas hati dengan perfomance yang ditunjukan pemain dari Negeria seolah-seolah sedang menonton aksi dipiala liga England. Walaupun ada sedikit kekecuhan antara penonton dari Lipis dan Jerantut diperingkat suku akhir tetapi dapat diselesaikan secara baik. Puteri akan menganjurkan kejohanan lebih besar lagi pada tahun hadapan.

2 ulasan:

TUA DIKAKI LANGIT berkata...

Puteri,

Tahniah kerana berani membuat sesuatu yang luar biasa dan menarik golongan muda. Kami tahu bukan mudah menganjurkan pertandingan tersebut tapi kerana ke Wajaan jiwa puteri menganjurkannya sangat kami hargai.

Pemuda buat duit je ke?

Pemuda Jengka berkata...

Puteri Jerantut....

Tini hebatlah
Tak ramai anak melayu macam tini
komited pada perjuangan
sanggup berkorban
tak macam pemuda lonyer tu bawa perut boroi sahaja