Isnin, 12 Julai 2010

SPRM WAJAR PANTAU SELANGOR LEBIH SERIUS

POLITIK NEGERI TIDAK

SETABIL MENGUNDANG

PENYELEWENGAN

Keadaan politik diselangor genting dan tidak setabil kerana wujud perasaan tidak menentu Tan Sri Khalid Ibrahim selaku MB selangor didesak supaya berundur dan memberi laluan kepada Asmin Ali. Krisis ini semakin jelas dan tidak dapat disembunyi lagi.

Lazimnya, apabila berlaku krisis politik akan banyak perkara akan berlaku. Perubahan yang berlaku akan melibatkan ramai jika bertukar pimpinan negeri. Oleh itu, masing bersiap-siap untuk terjun. Banyak penyelewengan akan berlaku. Contoh terbaru kegiatan lombong pasir haram.

Di Selangor, hasil bumi yang bernilai tinggi adalah tanah dan pasir. Maka fokus penyelewengan adalah kearah itu. Bila keadaan kalang kabut, berbagai pihak akan mengambil kesempatan. Majlis perbandaran juga tidak boleh disisih dari perhatian.

SPRM wajar menggandakan pemantauan diSelangor. Petanda penyelewengan semakin jelas. Penguasa negeri kian lama kian banyak "buat tidak tahu" dan lepas tangan pada hal pengusaha tidak berani jika tidak mendapat lampu hijau.





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.Pemimpin pemimpin UMNO pun banyak yang mencuri hak rakyat.SPRM patut juga memantau rasuah didalam UMNO juga.Bukannya hanya melihat kepada pemimpin pemimpin pembangkang aje.