Sabtu, 21 Ogos 2010

KERAJAAN DIDESAK AMBIL TINDAKAN ADIL ISU PERKAUMAN

Puteri UMNO mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan adil terhadap isu-isu perkauman yang ditimbulkan oleh individu atau kumpulan tertentu. Tidak adil jika satu pihak diambil tindakan dan pihak lain dibiarkan begitu sahaja.

Pertubuhan Perkasa telah membuat lapuran polis mengenai parti politik MCA yang mengeluarkan  13 resolusi perkauman melampau menyentuh perasaan orang melayu apakah tindakannya?. 13 resolusi itu menimbulkan berbagai perasaan dikalangan orang melayu apakah kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri sedar? Mengapa tiada sebarang siasatan atau jawatan kuasa ditubuhkan?.

Puteri merasa hairan bila seorang pengetua sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdul Rahman Putra Kulai, Johor  Puan Hajjah  Siti Inshah Mansor yang mengamuk dengan kurang ajar anak-anak muridnya cepat-cepat di ambil perhatian bila kaum lain membuat lapuran Polis.  Cepat-cepat kementerian pelajaran menubuhkan jawatan kuasa siasatan. Apa ini?.

Sikap pemimpin selalu memukul anak sendiri kerana menjaga hati anak tetamu terus menjadi amalan walaupun anak sendiri itu benar atau paling kurang sama-sama salah.

Khairy Jamaluddin ketua Pemuda UMNO yang juga pengerusi Pemuda BN juga terlalu bias terhadap kaum lain. Tetapi isu- isu yang melibatkan kepentingan melayu diabaikan.  Pemuda UMNO sepatutnya membuat siasatan sendiri dahulu sebelum mengambil keputusan membuat kenyataan umum.

Puteri dengan tegas supaya kerajaan mengambil kira tekanan perasaan Hajjah Siti Inshah Mansor itu sebagai gejala yang timbul dari kebiadapan kaum lain terhadap orang melayu sebagaimana yang dikatakan oleh pemuda Jerantut itu. Puteri benar-benar bosan dengan kebiadapan kaum cina khususnya yang sentiasa menyakitkan hati orang melayu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.Pemimpin pemimpin melayu mmg bangsat.Kalau orang melayu mempertahankan bangsa melayu mereka salahkan.kalau bangsa lain mengata melayu tak apa.Bodohnya pemimpin pemimpin kita.