Kementerian Belia dan Sukan jangan asyek tumpu pada sukan sahaja. Masalah sosial dikalangan belia atau golongan muda kena dijadikan agenda utama juga. Setakat ini tidak pernah disentuh oleh Kementerian itu sejauh pengamatan puteri.
Sepatutnya kementerian itu turun padang sama berkempen anti buang bayi kerana rata-rata kes buang bayi adalah sasaran kementerian Belia. Tidak guna tumpu pada sukan semata-mata sedangkan masalah sosial yang menyelubungi golongan belia tidak dibenteras.
Jika mengharapkan Kementerian Pembangunan wanita dan polis sahaja puteri percaya bahawa kempennya tidak rata. Menteri Belia kini nampak seperti hilang punca dalam menyelesaikan isu-isu belia mengapa?
Kementerian Pelajaran juga sangat berkait dengan kes buang bayi. Jika dilihat pada interview di Tv ramai pelajar-pelajar terlibat dalam sex bebas kerana terpengaruh dari berbagai sumber dan remaja yang sedang gila mencuba.
Kerajaan negeri-negeri juga sepatutnya ambil berat dalam kes buang bayi yang memalu dan menjijikan itu. Jangan biarkan Dato' Wira Ali Rustam sahaja yang serius dengan berbagai idea untuk cuba selesaikan gejala buang bayi dan remaja hamil. Kesian Dato' Ali terima macam-macam komen negatif. Kadang-kadang itu sebab orang lebih suka tidak buat apa-apa kerana takut berlaku silap. Buat salah tidak buat salah. Tetapi lebih baik buat.
Puteri suka pemimpin seperti Datuk Wira Ali Rustam. Tahniah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan