Khamis, 9 September 2010

SALAM AIDILFITRI DARI PUTERI


HARTINI ABD.RAHMAN KETUA PUTERI UMNO JERANTUT PAHANG DM

Dengan ingatan tulus ikhlas saya dan rakan-rakan barisan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jerantut mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap, terkasar bahasa semasa kita bersama-sama berjuang menegakan agama bangsa dan negara.

Semoga persahabatan kita terus kekal padu kerana dalam keadaan bangsa melayu porak peranda ini menuntut kita melupakan segala sengketa dan menghapuskan perbezaan walau sekecil hama. Dihari yang mulia ini sama-samalah kita bersyukur bahawa kemakmuran kita masih kekal walaupun ada pihak tidak senang dengannya. Semoga bergembira. Kami doakan agar saudara saudari dan keluarga dirahmati Allah jua hendaknya. Wassalam.  Hartini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ko cakap tegakkan agama...tengkorak ko...pakai tudung pun nampak rambut, ni dikatakan tegakkan agama....

Tanpa Nama berkata...

rambut adalah aurat WANITA, WAJIB menutup aurat bagi wanita yang telah baligh. Atau mungkin saudari belum baligh lagi?

Sekolah dulu-dulu, selalu ponteng ke time kelas agama?

Saudari memalukan Rasulullah S.A.W... insaflah....