Ramai orang komplen TV berbayar siar cerita berulang-ulang atau berbalik-balik. Walaupun banyak chanel tetapi siaran tiada kualiti. Bayaran bulanan pantang lewat terus dipotong. Pernigaan jual angin ini tidak beretika dan patut dikaji semula oleh kerajaan.
Pemilik TV berbayar tidak patut eksploitasi pengguna dengan bayaran tinggi tetapi persembahan tiada kualiti. Sudahlah tidak berkualiti ia berulang tayang sampai tak larat lagi tunggu sesuatu filem atau cerita baru. Pada malam-malam biasa lagilah penatnya. Jika pada hari-hari minggu bolehlah tahan.
Kerajaan kajilah samada menurunkan kadar bayaran atau meluluskan beberapa lagi siaran tv berbayar. Jika wujud persaingan mereka lebih peka kepada penonton.
Langkah menyedut wang rakyat yang terpaksa membayar ini juga satu yang menyebabkan kos sara hidup jadi tinggi. Rakyat tidak puas hati kerana wang yang dikeluarkan tidak berbaloi dan anggap ia sebagai eksploitasi oleh pihak berkenaan.
6 ulasan:
Salam Pu3.
Semua ini tidak akan belaku jika pihak kerajaan serius dalam menangani masalah pembinaan/ penyediaan pencawang pemancar samada TV swasta atau kerajaan sendiri. Ketahuilah Pu3, bahawa kami penduduk luar bandar terpaksa melanggan stesen berbayar ini kerana masalah tranmisi TV. Tetapi siaran yang ditonton hanya RTM,TV3 dan TV9. Yang lain-lain tu hampes, buat malu kat anak2 je nak menonton. Tolong sampaikan kat Datok Rais masalah ini,ia amat penting pada kami untuk mendapatkan maklumat yang murah dan terkini.
Salam Pu3
Dulu sy jg pelangan TV berbayar kini tidak lg. Tranmisi/ pemancar TV kerajaan memang teruk dari dulu hingga kini tiada sebarang peningkatan. Entah biola nak berubah. Tak ada yang hirau kan...
tak payah la tengok tv. banyak lagi benda bermanfaat bleh buat. stupid box
Kerajaan melalui TM patut perkasakan lagi TV langganan melaui TM Unifi , sayang saluran dah ada tp kandungan pun kurang gak. jgn biar org tu je kaya, TM pun boleh buat jika gunakan fiber optik dan satelit sendiri,
Saya baru balik dari Vietnam ..semasa di sana tengok TV berbayar...kesemuanya ada 75 channel dan terus tanya orang hotel berapa bayaran bulanan..jawapannya sangat mengejutkan iaitu Rm $10/ sahaja.Kalau di Malaysia kalau sebanyak itu bayaran komisen pun tak lepas.......Hidup Malaysia.
Assalamualaikum, salam 1Malaysia
saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya (blog Politik shj) pada 14, 15 Oktober 2011, Insya'Allah ..Perdana Menteri Malaysia akan turut menghadiri majlis tersebut… Tempat adalah terhad
Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan dan voucer minyak pecuma….
Mohon pada pihak tuan agar menyebarkan berita ini kepada rakan rakan tentang perkara ini....
Tuan boleh menghubungi saya di email cranell@mykmu.net merangkap setiausaha kerja mykmu.net bagi sebarang pertanyaan dan pengesahan.
jika berminat sila berikan nama, nama blog dan no fon di email tertera diatas untuk pendaftaran dan segala detail mengenai majlis tersebutkan akan disms kepada pihak tuan..
segala kerjasama pihak tuan amatlah dihargai....
Catat Ulasan