Rabu, 21 Julai 2010

AHLI SEJARAH DISARAN KAJI ASAL USUL SPESIS KHAWARIJ DIMALAYSIA



Ahli-ahli sejarah disaran supaya membuat penyelidikan tentang susur galur dari mana datangnya puak Khawarij diMalaysia. Memandang puak ini semakin berkembang diMalaysia ia memerlukan satu rumusan sejarah supaya agar ianya dapat didedahkan supaya rakyat mengetahuinya lebih jelas. Ia juga akan memperkayakan khazanah sejarah untuk jenerasi akan datang.

Puak Khawarij yang terbentuk zaman akhir pemerintahan Khalifah Islam yang ke empat Syedina Ali  radhiallahu anhu berpecah dinegara Arab selepas pembunuhan Syedina Ali kemungkinan serpihannya sampai ke Tanah Melayu ketika zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka atau lebih awal dari itu dizaman kekuasaan Siam diutara Semenanjung Tanah Melayu. Kemungkinan juga ianya datang selepas penjajahan barat diAsia Tenggara. Kebenaran teori harus dibuktikan.

Berdasarkan sejarah aliran perkembangannya ia banyak memberatkan kemungkinan datang Zaman kekuasaan dibawah takluk Siam diutara kerana kebanyakan puak Khawarij ini lahir berkembang secara mata anginnya negeri utara yang berhampiran dengan Siam.

Jika ahli-ahli sejarah dapat mendokumentasikan sejarah perkembangan 'Khawarij' ini adalah satu kejayaan yang sangat cemerlang kerana tidak pernah dikaji oleh mana-mana pakar sejarah sebelum ini.

Kerajaan didesak supaya meluluskan peruntukan geran  penyelidikan kepada ahli-ahli sejarah untuk menjalankan kajian sehingga dapat didokumentasikan. Bahan sejarah ini sangat berguna bukan sahaja rakyat Malaysia, malah ia berguna sebagai rujukan ilmu seluruh umat islam didunia.

Puteri percaya bahawa banyak bahan-bahan bukti tersebut berada dinegara ini terutama dinegeri yang dikuasai oleh parti politik yang suka menyalahkan semua orang, mengkafirkan orang lain dengan mudah, menolak hakikat bahawa Allah swt menjadikan manusia berbangsa-bangsa, mentafsir ayat Qur an dan Hadith mengikut kepentingan mereka dalam merebut kuasa melalui pilihan raya, menghalalkan benda yang haram, mengharamkan benda yang halal serta menanam kebencian sesama umat islam.

Menurut sejarah bahawa ulama' pada Zaman selepas pemerintahan Khalifah Al Rashidin mereka membuat rumusan bahawa puak khawarij adalah terkeluar dari islam. Wallahu Alam. Kajilah.

Tiada ulasan: