Selasa, 27 Julai 2010

HARTINI - BLOG PUTERI WAJAR MENYERANG PARTI LAWAN

JANGAN SYOK SENDIRI

Kami bangga dengan Ketua Puteri kami Cik Hartini Abdul Rahman walaupun beliau tidak mempunyai kedudukan penting diperingkat nasional dan negeri Pahang tetapi mempunyai visi yang jauh dan menasihatkan kami agar tidak mempamirkan 'syok sendiri' kepada umum terutama dalam mengendalikan laman blog puteri.

Beliau mengingatkan puteri supaya sensitif pada isu-isu masyarakat setempat, isu-isu negeri dan negara yang boleh menjadikan UMNO bermasalah pada pandangan umum. Isu-isu dari pihak lawan yang begitu agresif menyerang harus ditangani serta diserang balas sedaya upaya.Ini sejajar dengan seruan yang dibuat oleh Presiden UMNO.

Hartini juga minta kami mengurangkan lapuran yang berbentuk 'keputerian' yang penuh bergambar dengan majlis-majlis kenduri kawin, gambar-gambar mesyuarat, gambar-gambar 'gedik' yang hanya untuk tatapan puteri semata-mata kerana ia kurang berguna dalam suasana kita menghadapi pihak lawan yang menggunakan laman blog sebagai senjata untuk menikam UMNO dari segenap penjuru.

Namun begitu tidak salah jika sedikit sebanyak kita berbuat demikian tetapi peratusnya harus dikecilkan. Sebahagian besarnya harus ditumpu kepada isu-isu yang boleh meningkatkan moral perjuangan UMNO. Tidaklah laman blog itu digunakan sebagai sebuah 'majalah  puteri' sahaja katanya.

Adalah malang bagi puteri megadakan laman blog tidak di update kan serta tidur sepanjang bulan malah tahun hingga masuk dan bertelur para nyamuk sehingga ikan haruan boleh gemuk didalam laman blog bersawang itu. Bertambah buta pula, masih ramai bahagian  puteri yang belum membuka laman blog atau website serta fana seperti beruang air batu yang puteri tuliskan sebelum ini.

Beliau juga mengingatkan puteri agar sentiasa mendampingi bahan-bahan bacaan samada media cetak atau media eletronik supaya fikiran puteri sentiasa terbuka dan tidak pengap dalam memperjuangkan UMNO.

Selanjutnya lagi beliau memberi galakan kepada semua puteri agar mengendalikan laman blog secara berkumpulan supaya tidak kering idea. Buatlah berbagai cara untuk menarik minat membaca dikalangan golongan muda. Insha Allah puteri  menjadi bisa dan disegani katanya.

Puteri mengucapkan tahniah kepada laman blog pemuda termasuk unit media baru pemuda umno pahang kerana sudah mula mengatur langkah serangan. Puteri berdiri teguh didepan pemuda.

3 ulasan:

Helang Buana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Salam sangkakala.... Tahniah semoga dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna di Tanah Suci buat semua Ketua Kampung mahupun Ketua UMNO cawangan Dun Tahan yang terlibat.Semoga dibukakan pintu hati oleh Allah untuk melihat kebenaran.......Amin .....

Tanpa Nama berkata...

Comment puis-je insérer un nuage de tags dans mon blog @ blogspot?