Khamis, 5 Ogos 2010

JADIKAN ISU BUANG BAYI KPI KEMENTERIAN PWKM



Puteri menyarankan kepada YAB Perdana Menteri agar isu buang bayi dijadikan KPI kepada kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat.

KPI ini bertujuan supaya Kementerian itu secara serius membenteras kes buang bayi dikalangan rakyat Malaysia. Kebijaksanaan kementerian itu diyakini dapat menurunkan kadar buang bayi seminimum mungkin diharap dengan merangka berbagai kaedah yang sesuai untuk mengatasinya.

Cadangan ini adalah berpatutan kerana kementerian itu satu-satunya ejensi bertanggung jawab secara langsung mengendalikan hal ehwal sosial rakyat  Malaysia.

Dengan ada satu kementerian yang bertanggung jawab dan mengatur sebarang usaha mencegah, memerangi, memantau, kempen dan penerangan serta menderaf undang-undang yang lebih keras lagi terhadap pesalah buang bayi dipercayai dapat mengatasi kes buang bayi semakin menjadi-jadi sekarang.

Kementerian itu dicadangkan menubuhkan satu unit penerangan untuk kesekolah-sekolah dinegara ini dalam rangka pencegahan pembuangan bayi dikalangan remaja. Unit tersebut hendaklah disediakan dengan peralatan yang lengkap supaya penerangan lebih berkesan dikalangan remaja.

Dengan tumpuan yang serius samada undang-undang, maklumat serta usaha yang konsisten diyakini kadar kes pembuangan bayi akan menurun. Unit itu harus kekal aktif walau pun terdapat pengurangan dalam kes buang bayi.

Sebarang masalah atau isu yang timbul bagi mengatasinya memerlukan perancangan yang rapi. Setiap perancangan yang disusun tidak berjalan jika tidak ada peruntukan perlaksanaan.

Tiada ulasan: