Sabtu, 10 April 2010

Puteri Jerantut Dilambung Tinggi

Suara Prihatin UMNO Jerantut lambung puteri UMNO Jerantut sampai kelangit. Puteri ketawa besar atas sokongan spu itu. Meletakan puteri sebagai calon parlimen jerantut akan datang suatu yang diluar jangkaan puteri. Ini bermakna puteri sudah ada bisanya tersendiri menjadi perhatian umum.

Jagan lambung terlalu tinggi nanti jatuh terhempap ke spu, kemek hidung pula Puteri Jerantut sendiri tersentak bila spu lambung begitu tinggi.

Puteri sendiri sangat rasional dalam penentuan calon. Bagi puteri kita bekerja untuk siapa sahaja yang dicalonkan oleh puncak pimpinan. Calon bukanlah objektif puteri.

Di Jerantut kalau Tengku Azlan tak bertanding lagi tentulah timbalanya naik pangkat. Lagi pun dia pegang dua jawatan penting Timbalan Ketua dan ketua permuda. Setakat ini puteri lihat beliaulah patut jadi pengganti.

Dari segi rekod sebagai adun tip-top. Permuda pun nampak bersemagat kalau di calonkan diparlimen. Lagi pun dia seorang pemimpin yang bersih berjiwa rakyat.

Pegawai-pegawai kerajaan "takut" dengan nya. Tidak pernah melakukan apa-apa yang melibatkan moral. Lagipun UMNO JERANTUT perlu orang kaya untuk memimpin kerana orang umno belanja besar. Kalau orang yang kurang tebal poket tak boleh memimpin. Macam mana hendak hulur duit minyak, bibir kena berminyak juga.

Dari segi kelulusan dia paling layak. Beliau mendapat pelajaran di luar negara. Berbelit- belit lidah puteri nak menyebutkan nya. Pilihanraya dulu puteri dapat pamplet calon Tahan kelulusannya tak silap Post Graduate Diploma dari Universiti Chelsire, England. Post Graduate Diploma kalau di Malaysia Master lah, setakah lagi Phd.

Jika timbalan tidak terpilih jadi calon Mp dari segi hieraki naib ketua lah. Pengalanman naik ketua bukan sembarangan. Pernah menjadi setia sulit kanan Menteri kewangan dan Menteri Pertahanan.

Kawasan Jerantut luas mengandungi Kampung, Desa, Felda, Hutan Rimba, Gunung dan Sungai. Taman Negara juga dalam kawasan parlimen Jerantut. Menyebut fasal sungai, hutan dan rimba, bermakna perlu ada seorang ahli parlimen yang ada pengalaman mahir dalam mengawasi petani, peladang dari binatang buas, yang menusnahkan pertanian khususnya gajah. Tembakan naik ketua selalunya tepat. Satu peluru, satu gajah. Gading gajah mahal ia berbaloi dijadikan tabung untuk PPRT.Gading gajah dijual ke thailand. Satu gading, boleh dijual dengan harga RM 20,000. Kalau sepasang RM 40,000. Nasib baik jumpa gading gajah yang cantik orang thailand guna untuk sembahyang harganya mencecah lebih RM 100,000.

Ia juga biasa menyendalikan sungai. Dia juga tahu dimana ikan kelah paling mudah dicucuh lektrik! dikawasan merah. Berbaloi dijadikan tabung kebajikan ibu tunggal. Harimau juga ada harga, ia boleh mencecah hingga RM 40,000 - RM 50,000. Badak sumbu pun beharga juga.

Satu lagi spu. Terlupa, menyebut nama Bendahari. Sangat tidak adil bagi puteri jika nama bendahari tidak disenaraikan calon ahli parlimen. Beliau adalah grass-root penjual roti. Sejarah beliau sangat di kagumi dari penjual roti, dilantik Bendahari kemudian menjadi Dato'sri. Kalau terbalik, Dato'sri bendahari roti.

Sebagai calon parlimen 1Malaysia Bendahari sangat sesuai. Beliau dilantik bendahari umno kerana mewakili Dato' sri Artikriau. Jerantut adalah kawasan Parlimen yang terluas di Pahang. Tanah-tanah kerajaan sangat luas termasuklah hutan simpan dan tanah negeri. Tidak ada tokoh dijerantut yang mampu memelihara tanah luas tersebut kecuali dato'sri bendahari roti.

Sebaik-baiknya spu kita serahkan sahaja kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon. Lagi pun masa lambat lagi pilihanraya umum. Sekarang kita ajak semua Pemimpin UMNO bersatu, bekerja dan mana yang tak dapat dikesan keluarlah menyerah diri. Memandangkan tokoh-tokoh tadi puteri mengundurkan diri. Tak payahlah spu sebut lagi nama puteri. Ia boleh merosakan puteri. Namun demikian puteri tidak pernah rendah diri.

Puteri UMNO Sinonim Dengan IT

Puteri kagum dengan blog UMNO Jerantut yang ditulis oleh warga spu adalah suara prihatin umno Jerantut. Tahniah, ada orang yang menbangunkan blog untuk umno Jerantut. Bukan mudah untuk merancana sebuah blog macam spu. Silap-silap jadi "goblog".

Masyarakat kita sudah prihatin pada IT. Banyak kampung dan desa sudah ada pusat IT yang lengkap. Dasar kerajaan dalam membangunkan rakyat luar bandar yang seimbang dengan bandar mula membuahkan hasil.

Peranan puteri dalam pilihanraya adalah mengandalikan IT dipusat mengundi. Dalam usia remaja itu, sesuailah peranan itu diberi oleh kepimpinan parti. Sejak puteri umno Malaysia ditubuhkan, besarlah peranan puteri dalam mengendalikan IT disemua pusat mengundi. Puteri bekerja tidak memikirkan imbuhan dan bermati-matian. Itulah sumbangan yang puteri manpu laksanakan.

Di Jerantut, Puteri bersuara dengan lantang agar pusat-pusat IT terus menjadi isu pembangunan penting, suara ini tidak pernah mati. Itu lah sebabnya segala pusat IT dipantau oleh puteri. Dipejabat puteri sendiri menjadi kilang IT untuk generasi baru.

Puteri mahu melihat IT menjadi darah daging masyarakat Jerantut. Kalau tidak ada puteri, sudah tentu tiada orang membaca tulisan blog spu.

Oleh itu puteri akan terus berjuang dalam mengembangkan IT walau apa halangan. Terima kasih spu, melambung puteri sampai kelangit.