Khamis, 25 November 2010

SIARAN TV BERBAYAR KAUT KEUNTUNGAN MELAMPAU






Ramai orang komplen TV berbayar siar cerita berulang-ulang atau berbalik-balik. Walaupun banyak chanel tetapi siaran tiada kualiti. Bayaran bulanan pantang lewat terus dipotong. Pernigaan jual angin ini tidak beretika dan patut dikaji semula oleh kerajaan.

Pemilik TV berbayar tidak patut eksploitasi pengguna dengan bayaran tinggi tetapi persembahan tiada kualiti. Sudahlah tidak berkualiti ia berulang tayang sampai tak larat lagi tunggu sesuatu filem atau cerita baru. Pada malam-malam biasa lagilah penatnya. Jika pada hari-hari minggu bolehlah tahan.

Kerajaan  kajilah  samada menurunkan kadar bayaran atau meluluskan beberapa lagi siaran tv berbayar. Jika wujud persaingan mereka lebih peka kepada penonton.

Langkah menyedut wang rakyat yang terpaksa membayar ini juga satu yang menyebabkan kos sara hidup jadi tinggi. Rakyat tidak puas hati kerana wang yang dikeluarkan tidak berbaloi dan anggap ia sebagai eksploitasi oleh pihak berkenaan.