Isnin, 30 Ogos 2010

BAJET 2011 PM MAHU DENGAR SUARA RAKYAT


Proses penyediaan Bajet 2011 sedang sibuk dikendalikan oleh kementerian Kewangan untuk dibentangkan pada bulan oktober  2010 ini. Puteri mengucapkan terima kasih kepada YAB. Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana mempelawa rakyat untuk memberi cadangan agar dapat dimasukan didalam bajet itu jika ianya benar-benar munasabah pada pandangan kerajaan.

Walaupun kebelakangan ini kerajaan lebih cenderung menumpukan pembangunan disektor bandar, merancang pendapatan tinggi, liberalisasi ekonomi yang berasaskan marit dan banyak perkara yang boleh jadi sektor luar bandar dan desa  agak terlepas pandang maka puteri tetap mengingatkan pemerintah bahawa kawasan luar bandar masih lagi menjadi 'akar tunjang' kerajaan BN hari ini.

Pembangunan Luar Bandar masih banyak lagi yang tertinggal serta pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar tidak menampakkan perubahan dan tidak ada pula perancangan pembangunan ekonomi yang berkesan dikawasan itu.

Adalah tidak sukar untuk mengendalikan kakitangan awam, peneroka felda, penanam padi, nelayan kerana mereka mempunyai struktur yang jelas untuk dibantu. Namun demikian, masyarakat luar bandar tidak mempunyai struktur yang jelas, tidak tersusun samada maklumat asas kerana mereka terdiri berbagai-bagai bidang pencarian untuk hidup. Tidak ada usaha untuk menjadikan kehidupan kampung itu mempunyai struktur yang jelas supaya ia lebih mudah dilihat seperti sektor perkhimatan awam, peneroka, petani padi dan lain-lain.

Contohnya, kerajaan mudah untuk mengumumkan bantuan hari raya kepada peneroka, bonus raya kepada kakitangan awam baru-baru ini atau mudah untuk mengistiharkan bantuan kepada nelayan dan penanam padi kerana mereka berstruktur. Oleh itu usaha kearah itu hendaklah dilakukan supaya rakyat Malaysia dapat dibahagikan kedalam beberapa segmen yang kukuh supaya kerajaan mempunyai cukup maklumat untuk bertindak dan melihat kepentingan mereka secara lebih mudah dilaksana.

Kementerian Luar Bandar dan Pertanian tidak memainkan peranan ini secara serius sebab itu sehingga sekarang masyarakat luar bandar yang dikenalpasti sebagai 'orang kampung' sebenarnya masih bertaburan tidak jelas.

Bagaimanapun, kerajaan harus tidak meninggalkan masyarakat luar bandar kerana ia adalah sumber kekuatan pemerintah sebenarnya. Dibandar tidak boleh diharapkan berdasarkan pengalaman.