Sabtu, 12 Jun 2010

HANGAT TAHI AYAM

  PAS JANGAN MIMPI TAWAN PAHANG


Wakil Dewan Pemuda Pusat Pas M.Iqbal M.Sharif telah mengkritik pemimpin Pas sebagai 'tahi ayam' dimuktamar parti itu diKota Bharu, kerana tidak bersungguh melaksanakan program 'jom masuk Pas' dan 'orang muda geng kita'.Wakil pemuda Pahang pula mencadangkan jika Pas inginkan kuasa kePutrajaya sebagai PM, terlebih dahulu mesti tawan Pahang kerana diPahang boleh sasarkan kawasan Felda yang selama ini menjadi kubu UMNO/BN.

Puteri mengingatkan pemuda Pas, jika ingin menawan Pahang langkah mayat puteri dulu.Selagi puteri masih hidup jangan harap!. Soalnya, apa tujuan tawan Pahang jika calon PM bukan dari Pas sebaliknya Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim?.Pada Anwar dan LKS, tidak ada bau langsung tokoh Pas boleh jadi  PM. Pemuda Pas kritik pemimpin sendiri sebagai ' tahi ayam' pada hal pemuda Pas banyak cakap seperti 'punggung ayam'.

Rabu, 9 Jun 2010

PASUKAN NEGERIA JOHAN BOLA SEPAK PIALA PUTERI UMNO JERANTUT

Temasha sukan anjuran puteri umno Bahagian Jerantut pada Ahad 6 Mei,2010 telah berjaya melibatkan lebih 650 orang peserta yang terdiri dari golongan muda. Kejohanan bola sepak dan bola jaring selama satu hari itu diadakan disekitar bandar jerantut, berpusat diPadang Majlis Jerantut. Pasukan bola terdiri dari 32 pasukan dan bola jaring 12 pasukan.

2 Sukan anjuran puteri UMNO Bahagian Jerantut itu julung kali diadakan secara terbuka telah menarik penyertaan pemuda dari Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan serta peserta luar negara dari Negeria. Hadiah Kejohanan telah disumbangkan oleh Cik Hartini Abdul Rahman selaku Ketua Puteri UMNO Jerantut. Hadiah pertama bernilai RM5000, kedua RM4000 dan tempat ketiga-keempat RM 1000

3 Apa yang sangat menarik dikejohanan tersebut, pasukan dari Negeria telah berjaya bergelar johan. Para penonton berpuas hati dengan perfomance yang ditunjukan pemain dari Negeria seolah-seolah sedang menonton aksi dipiala liga England. Walaupun ada sedikit kekecuhan antara penonton dari Lipis dan Jerantut diperingkat suku akhir tetapi dapat diselesaikan secara baik. Puteri akan menganjurkan kejohanan lebih besar lagi pada tahun hadapan.

Ahad, 6 Jun 2010

LEBIH RELA HADI JADI PERDANA MENTERI

Jika pilihanraya akan datang BN ditolak oleh rakyat kerana orang cina tidak menyokong kerajaan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, puteri rela Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana keserdahanaan Haji Hadi sebagai seorang pemimpin Parti Islam yang pasti menguntungkan orang melayu juga. Pas juga pasti menolak kepimpinan Anwar yang menjadi boneka parti DAP. Puteri berpendapat orang melayu yang semuanya beragama islam bersetuju jika Pas ingin menubuhkan negara Islam sebagaimana agenda perjuangan Pas sejak dahulu lagi

(2) Pada ketika itu puteri akan mengatakan 'padan muka' Anwar dan Lim Kit Siang yang gilakan sangat hendak menjawat jawatan PM ( Anwar) dan TPM ( Lim Kit Siang). UMNO, ahli-ahli diperingkat bawah tidak rela diperintah oleh boneka yang menderhaka kepada bangsa melayu semata untuk meraih kuasa. Anwar sudah lupa diri itu akan pasti kecundang juga akhirnya. Tawarannya TPM kepada DAP itu adalah perbuatan Anwar lebih besar sudu dari mangkok. Orang Islam tidak mahu Pas sebagai parti yang kedua terbesar umat Islam negara ini patuh dan tunduk kepada Anwar dan Lim Kit Siang. Dayuslah Pas jika tunduk kepada mereka yang tidak Islamik dan kafir harbi itu.

(3) Haji Hadi harus bersedia mengambil alih kuasa jika ingin menyelamat kan Islam sebagaimana tujuan dan matlamat parti itu ditubuhkan. Apakah Pas menerima seorang tokoh yang sangat 'kotor' untuk dijunjung sebagai pemimpin Islam?. Anwar yang sangat libral tentang Islam hingga sanggup menyokong puak kafir menggunakan nama Allah apakah Pas menerimanya? dayuslah Pas, Haji Hadi Dan Timbalannya Yb Nasarudin. Nik Aziz atau nama ringkasnya N. ajis yang mengaku ulamak penuh dengan isu rasuah dan berbagai itu tidak boleh didengar lagi kerana telah nyanyok tetapi masih mabuk kuasa.Islam apa?

(4) Namun demikian, kami puteri UMNO akan mempertahankan UMNO sedaya upaya kami kerana percaya jika UMNO dan BN tidak memerintah, negara ini akan tidak setabil samada politik, agama, ekonomi dan masyarakat kerana diperintah oleh mereka yang tidak ada pengalaman memerintah lagi. Kami yakin orang cina akan kembali menyokong BN kerana mereka juga berfikir bahawa jika politik tidak setabil masyarakat cina mengalami susah yang sangat teruk kerana sebahagian besar masyarakat cina bergantung hidup kepada perniagaan. Apa gunanya jawatan TPM dapat kepada orang cina tetapi politik tidak setabil dan mereka tidak boleh mencari makan?. Orang-orang cina harus belajar dari suasana politik Thailand sekarang. Apakah perniagaan yang boleh menguntungkan diThailand?

(5) Puteri berharap kita rakyat Malaysia baliklah kepangkal jalan dan sokonglah BN sebagai parti pilihan dalam pilihanraya umum akan datang.