Sabtu, 17 April 2010

BUANG BAYI - WANITA UMNO DIBERI AMARAN CUKUP DESAK KERAJAAN GUBAL UNDANG-UNDANG PERKETATKAN SYARAT PERKAHWINAN

Puteri UMNO memberi amaran kepada wanita UMNO supaya menghentikan perbuatan mendesak kerajaan atau majlis agama negeri-negeri supaya mengetatkan syarat perkahwinan bagi muda mudi bagi mengulas kempen ‘kami prihatin’ yang baru dilancarkan

Pembuangan bayi oleh gadis-gadis yang terlanjur berlaku akibat sex sebelum perkahwinan sudah lama melarut dalam golongan muda terutama dikawasan Bandar yang penuh sesak dan hidup dengan sikap individualistik. Menurut pandangan puteri ia berlaku banyak sebab. Kaum ibu yang mengulas tentang gejala ini terlalu dipermukaan bagi menutup kesalahan mereka lakukan sepanjang hidup mereka masa lampau.

Jangan pandang ia berlaku kerana sex-cinta , rogol dan buas sahaja. Sebaliknya kaum ibu wajar melihat desakan-desakan mereka masa lampau hingga terbentuk undang-undang jumud menyebabkan gulungan muda tersepit untuk berkahwin.

Kebanyakan suara-suara ibu itu melibatkan ketatnya undang-undang poligami, nafkah, perkahwinan luar sempadan, temuduga perkahwinan, kursus perkahwinan oleh jabatan agama dan memohon untuk berkahwin dengan berbagai syarat yang terpaksa turun naik jabatan agama.

Betul, hasrat itu untuk menjaga kepentingan kaum hawa tetapi menyukarkan remaja untuk berkahwin secara sah. Kaum ibu sendiri maha tahu bila nafsu sudah memuncak tidak lagi perlu sijil. Apa perlunya mendapatkan sijil kursus perkahwinan. Bukankah kursus itu hanyalah satu bisness makan-minum dan penceramah sebagai pendapatan tambahan?.

Tabiat umat islam menyukarkan perkara yang mudah akhirnya mendatangkan mudharat kepada umat islam juga. Dalam Islam apa yang puteri tahu rukun nikah adalah lelaki,perempuan, wali, ijab dan Kabul; dan saksi sahaja. Mengapa perlu ditambah dengan sijil dan perkara-perkara lain yang bidaah sebagai rukun?.

Kahwin diluar sempadan atau luar Negara , kadang-kadang ada pasangan yang dharurat terpaksa segera berkahwin kerana mereka sedar-sedar sudah ‘berputik’. Jika ikut proses biasa lambat dan banyak halangan sedangkan masa cepat berubah. Halangan keluarga juga seperti mereka mahu adakan majlis meminang, bertunang dan majlis kahwin bersanding, berinailah sedangkan perut sudah memboyot!. Jika diberitahu akan jadi riuh sekampung. Semua ini kaum ibu kena kaji.

Bukanlah sebelum kahwin sahaja, lepas kahwin kena daftar semula , naik mahkamah syariah, bayar denda silap-silap penjara. Anak lahir tak boleh daftar dan dapat surat beranak. Bersusun-susun masalahnya. Itu sebab ramai anak-anak muda yang terlanjur mencari jalan mudah buang bayi. Bila banyak hal lelaki sudah mula tak mengaku, lari dan lepas tangan yang terseksa kaum hawa yang lemah juga.

Dulu, puteri dengar Dato’ Sri Shahidan Kasim dan Dr. Maza mufti Perlis buat undang-undang permudahklan kahwin supaya orang Malaysia tidak perlu lagi kahwin siam, kaum ibu semua naik ekor mencancang marah dan menuduh Syi’ah, wahabi dan lain-lain lagi Hingga Dato’ Sri Shahidan Kasim kalah bertanding MT UMNO Malaysia kerana hilang undi kaum wanita apasal?.Sekarang terkial-kial cari sebab, buat research dan sebagainya. Sekarang terimalah padah hasil dari fikiran terburu-buru dan emosi itu.

Kaum ibu lah menegakkan perkara-perkara yang menyukarkan perkahwinan secara sah dengan dengan menggalakkan hantaran mahal, serba satu, serba dua dan upacara yang ditokok tambah bukan-bukan. Sedarkah itu segala-galanya wang . Bukan semua anak muda seperti anak menteri, wakil rakyat dan mereka yang kaya-raya. Sepatutnya kaum ibu menegur, mengkritik supaya perubahan itu tidak menjadi bersaing-saing dan menjadi darah daging orang melayu.

Kempen ‘ Kami prihatin’ menampilkan model-model artis yang menjolok mata. Mereka bukan model yang baik. Apa tidak, setiap hari muka-muka artis disiarkan dimedia kisah kehancuran social mereka. Sepatutnya mereka menjadi model sebagai rujukan kaum muda. Bagaimanapun bukan semua artis begitu tetapi amat kecil bilanganya.

Undang-undang poligami juga masha Allah. Perjuangan kaum ibu kadang-kadang berjuang seperti melawan ketetapan Tuhan tentang jodoh pertemuan serta hikmah disebalik poligami dan sebagainya. Sedarkah ibu-ibu bahawa gadis-gadis hari ini mudah terpikat dengan kematangan?. Lelaki yang matang selalunya sudah berkahwin, jika sudah terpaut alamat nasi lemak buah bidaralah. Kalau kematangan itu menghasilkan ‘putik’ kemudian lelaki lari kerana tidak sanggup berdepan dengan undang-undang poligami bagaimana?. Bukankah kaum hawa juga yang mangsa?.

Ibu-ibu kena sedar bahawa kadar keseimbangan antara lelaki dan perempuan jauh berbeza. Buktinya dalam senarai kepusat-pusat pengajian tinggi, pentadbiran awam dan lain-lain lagi. Oleh itu gerakan kaum ibu dalam mendesak berbagai perkara jangan emosi hingga lahir undang-undang yang makan diri putera puteri kita.

Puteri akan sambung lagi ulasan kami prihatin ini agar kaum ibu buka mata dan telinga dan hati melihat punca-punca ruapan dalam jiwa jenerasi muda-mudi dizaman yang semakin menuntut kembali ibu-ibu menyesuaikan diri dengan zaman kini dan kaum ibu itu bukan selalu betul. Zaman ibu-ibu mengetahui segalanya sudah berakhir. Jangan anggap puteri bersuara keras ini derhaka

Rabu, 14 April 2010

KEMANA KETUA PUTERI PAHANG MENGHILANG ?

Ketua puteri UMNO Pahang ibarat ‘ Beruang Khutub’ dimana spesis beruang ini akan berehat dalam gua air batu(hirbenisasi) kerana kesejukan bila sampai musim dingin.

Beruang ini akan berehat tiga atau empat bulan dalam gua salji itu tanpa makanan. Sebaliknya ia boleh mematikan diri sementara ‘ tempuh tidur’ mati itu, segala lemak-lemak dalam badanya akan cair membantu dia bertahan untuk hidup pada musim panas menjelma.

Apabila musim panas bermula beruang ini akan bangun semula mencari makan sebanyak-banyaknya terutama mangsa seperti anjing laut yang banyak lemak dan gemuk. Beruang ini akan makan dengan lahap sehingga gemuk sebagai persediaan datang musim sejuk akan datang. Begitulah putaran hidup beruang khutub.

Puteri peringkat bawah negeri Pahang ini tidak nampak ketua puteri Pahang itu sekarang menunjukkan kewibawaan sebagai hebat memimpin puteri Pahang. Terus terang kami nyatakan sekiranya ketua puteri UMNO Pahang itu tidak mampu menjalankan tugas dipersilakan berundur dan memberi laluan kepada orang lain. Cukuplah menjaga puteri Bahagian sendiri , itu pun jika mampu.

Jangan menyalahkan ketua menteri Pahang kononnya puteri tidak dibantu untuk melaksanakan aktiviti mengukuhkan parti. Sebaliknya puteri diakar umbi menilai bahawa ketua puteri Pahang yang masih gedik itu tidak berbuat sesuatu atau berjumpa dengan ketua menteri berbincang mengenai masalah puteri. Jika ada pendekatan ketua menteri sudah pasti puteri dibantu.

Bendahari UMNO Pahang ‘Datuk’ kelabu itu pun satu hal. Bantuan yang dibuat oleh negeri disampaikan melalui ketua UMNO Bahagian, sepatutnya disampaikan terus kepada puteri bahagian-bahagian. Ketua-Ketua UMNO selalunya mengabaikan dan menutup sebelah mata terhadap puteri apabila menyebut Fasal saluran kewangan oleh negeri. Habis macam mana puteri nak bergiat . Dengan air liur basi ka ?.

Puteri Bahagian-bahagian mesti berani mengkritik KP3 negeri itu. Jika tidak ia semakin banyak lemak. Lebih setahun jadi ketua puteri negeri sekalipun tidak turun kebahagian-bahagian lain. Jika tidak, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Puteri Jerantut mencadangkan puteri Pahang membuat kertas kerja dalam memohon peruntukan dari ketua menteri dan mana-mana pihak bagi menggerakkan puteri Pahang.

Kedua, puteri Pahang mengadakan program percambahan fikiran dengan memanggil AJK puteri bahagian-bahagian menetapkan kemana arah perjuangan puteri Pahang.

Ketiga,
Mengusahakan peruntukan juara rakyat untuk dikendalikan oleh puteri bahagian sekurangnya 6 bulan sekali.

Keempat,
Jika lebih cadangan ketua puteri Pahang akan menggigil sejuk. Cukuplah tiga Puteri Jerantut harap musim sejuk telah berakhir dan beruang salji kembali bangkit memanaskan badan untuk memberi perangsang kepada seluruh ahli puteri Pahang.

PUTERI BANGKIT SEGERA SWITCH OF MIMPI MANIS

Puteri UMNO diseru bangkit dari lena yang hayal dengan mimpi asyik untuk merapatkan diri kemedan tempur yang semakin marak dalam bidang maya.

Cukuplah, switch of lah mimpi khayal kita dan kita balik ke realiti kerana diluar sana orang sedang berperang siber sedangkan kita masih mundar mandir membuat haluan sendiri.

Hentikanlah segelintir dari kita yang masih ‘bergedik’ supaya mengalih pandangan untuk mengukuh azam puteri bekerja untuk mencapai misi yang kita set bagi memperkuatkan parti. Pucuk pimpinan memberi mesej kepada kita bahawa semua ahli parti tidak dilanda sindrom selesa.

Biarkan sahaja bapak-bapak kita yang sedang merana itu dengan alam mereka. Kita harap mereka tahu apa dan bila masa untuk bertindak memanaskan semula jentera parti yang menggigil kesejukan sekarang dari negeri, bahagian sampai kepada cawangan. Kita tidak boleh mengikut rentak dan kerja saat akhir mereka kerana mereka mempunyai super ego yang sangat tinggi jika ditegur.

Kita bergerak, moga-moga dengan semangat kita itu dapat menyedarkan ‘ibu-bapak’ kita itu supaya turun berlumpur sama. Jika kita tidak mula tak tahu berapa lama lagi mereka melayan kemeranaan mereka.

Bidang IT adalah tumpuan kita. Oleh itu, semua ahli-ahli puteri dikehendaki membuka emel dan facebook kepada yang masih belum berbuat demikian. Dengan perantaraan halaman facebook kita dapat berkomunikasi dan menyusun atur program kita lebih luas serta dapat diketahui lebih mudah dan cepat.

Teknologi maklumat adalah darah daging puteri yang mesti kita kuasai sepenuhnya jangan tangguh-tangguh lagi. Sekiranya kita lambat kita akan tertinggal bas.

Dengan itu, puteri diseru supaya bangkit bersama bagi menegakkan perjuangan parti. Bagi yang telah mendaftar sila add ‘club fan puteri umno jerantut segera’.