Khamis, 5 Ogos 2010

JADIKAN ISU BUANG BAYI KPI KEMENTERIAN PWKM



Puteri menyarankan kepada YAB Perdana Menteri agar isu buang bayi dijadikan KPI kepada kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat.

KPI ini bertujuan supaya Kementerian itu secara serius membenteras kes buang bayi dikalangan rakyat Malaysia. Kebijaksanaan kementerian itu diyakini dapat menurunkan kadar buang bayi seminimum mungkin diharap dengan merangka berbagai kaedah yang sesuai untuk mengatasinya.

Cadangan ini adalah berpatutan kerana kementerian itu satu-satunya ejensi bertanggung jawab secara langsung mengendalikan hal ehwal sosial rakyat  Malaysia.

Dengan ada satu kementerian yang bertanggung jawab dan mengatur sebarang usaha mencegah, memerangi, memantau, kempen dan penerangan serta menderaf undang-undang yang lebih keras lagi terhadap pesalah buang bayi dipercayai dapat mengatasi kes buang bayi semakin menjadi-jadi sekarang.

Kementerian itu dicadangkan menubuhkan satu unit penerangan untuk kesekolah-sekolah dinegara ini dalam rangka pencegahan pembuangan bayi dikalangan remaja. Unit tersebut hendaklah disediakan dengan peralatan yang lengkap supaya penerangan lebih berkesan dikalangan remaja.

Dengan tumpuan yang serius samada undang-undang, maklumat serta usaha yang konsisten diyakini kadar kes pembuangan bayi akan menurun. Unit itu harus kekal aktif walau pun terdapat pengurangan dalam kes buang bayi.

Sebarang masalah atau isu yang timbul bagi mengatasinya memerlukan perancangan yang rapi. Setiap perancangan yang disusun tidak berjalan jika tidak ada peruntukan perlaksanaan.

Ahad, 1 Ogos 2010

AUKU - PEMUDA UMNO MALAYSIA JANGAN MENGARUT



Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Khairy Jamaludin jangan mengarut minta kerajaan meminda AUKU bagi membolehkan mahasiswa dan pensyarah berpolitik seperti mana kerajaan membenarkan guru DG 41 - DG 48 menyertai secara aktif dalam politik.

Kita harus ingat bahawa mahasiswa adalah golongan 'penuntut ilmu' yang masih dfalam tanggungan keluarga dan sebahagian besarnya dibiayai oleh kerajaan melalui PTPTN. Syarat kerajaan memberikan pinjaman itu untuk menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran.

Kita tidak mahu ada perkara lain untuk difikirkan sebelum mereka sampai tamat pengajian. Ijazah atau diploma itu akan menentukan hidup masa hadapan mereka serta azam kerajaan pula menjadi sebuah kerajaan yang berjaya dalam membina insan yang berilmu. Ianya baik bagi sebuah negara bangsa.

AUKU yang berjalan sekarang sebahagian besarnya adalah diperkukuhkan sekitar tahun 1970an selepas demonstrasi Baling oleh para mahasiswa. Sebelum itu mahasiswa bebas berpolitik. Dengan kebebasan itu berbagai-bagai hal timbul sehingga kerajaan tidak dapat mengawalnya. Antara tokoh-tokoh menjadi kepala alamnya pada waktu adalah DS Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Ali, Bunyamin, Hishamudin Rais dan lain-lain lagi. Kerja mereka tidak lain dari demonstrasi sana, demonstrasi sini dan ramai yang tidak berjaya dalam pelajaran.

Janganlah kita fikir bahawa dengan membebaskan guru-guru untuk aktif dalam politik maka semuanya dituntut untuk dibebaskan. Didalam AUKU telah diberi peluang mahasiswa untuk menyediakan diri menjadi pemimpin  dalam pilihan raya kampus atau memilih perwakilan pelajar. Pengalaman dan latihan itu sudah memadai sebagai bekal mereka menyertai masyarakat umum nanti. Seorang pemimpin pelajar yang berjaya dipilih dalam kalangan masyarakat semuanya cerdik pandai bukankah lebih hebat dari diluar sini yang tidak semua cerdik pandai ?.

Masa untuk mereka belajar di IPT tidak terlalu lama, purata antara 3-4 tahun. Selepas itu tepuk dada tanya selera. Jadi masa yang terhad itu harus ditumpukan kepada menggali ilmu sebanyak-banyaknya. Tidak ada gunanya mereka sibuk dengan politik maka bila keluar nanti tidak membawa pulang sebarang kelulusan. Inilah semangat yang terkandung dalam AUKU itu.

Pemuda harus kaji sejarah kenapa AUKU itu dibuat oleh pemimpin terdahulu. Jangan pisang berbuah dua kali. Sesuatu yang hendak dibawa oleh pemuda itu harus mendatangkan kebaikan kepada bangsa. Kita tidak dapat mengawal jika berlaku ketidak seimbangan antara pembelajaran dengan aktiviti politik nanti. Tidak guna pada waktu itu, pemimpin pemuda Malaysia selepas ini mendesak supaya AUKU balik seperti yang berjalan sekarang.

Berbeza dengan golongan guru. Satu ketika guru-guru ijazah sangat kurang. Jadi sekatan terhadap guru ijazah berpolitik setaraf dengan anggota perkhidmatan awam lain itu dikekalkan. Tetapi hari ini bilangan yang berijazah itu tersangat ramai, pada hal guru memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisma semakin lama semakin kurang menyertai politik kerana peningkatan mereka sebagai guru lepasan ijazah. Itulah rasionalnya guru-guru dikembalikan hak kebebasan berpolitik.

Apa yang penting pemuda sekarang kena balik kepangkal jalan. Mendekati golongan muda. Membuang sifat elit. Membuang tingkah laku dapat jawatan untuk mendapatkan projek. Tidak mendidik jenerasi muda mengamalkan politik wang. Tidak bersifat angkuh seperti apa yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyidin Yasin 'pemimpin UMNO eksyen'. Insha Allah kita tidak hilang warisan pimpinan muda yang memperkayakan kepimpinan UMNO.

Puteri juga risau dengan pengaruh politik wang pemuda itu sudah mula terbawa-bawa dalam puteri. Lama kelamaan puteri yang baru dan bersih ini ikut sama mengamalkan politik kotor itu. Cukuplah kita mengarut.