Khamis, 25 November 2010

SIARAN TV BERBAYAR KAUT KEUNTUNGAN MELAMPAU






Ramai orang komplen TV berbayar siar cerita berulang-ulang atau berbalik-balik. Walaupun banyak chanel tetapi siaran tiada kualiti. Bayaran bulanan pantang lewat terus dipotong. Pernigaan jual angin ini tidak beretika dan patut dikaji semula oleh kerajaan.

Pemilik TV berbayar tidak patut eksploitasi pengguna dengan bayaran tinggi tetapi persembahan tiada kualiti. Sudahlah tidak berkualiti ia berulang tayang sampai tak larat lagi tunggu sesuatu filem atau cerita baru. Pada malam-malam biasa lagilah penatnya. Jika pada hari-hari minggu bolehlah tahan.

Kerajaan  kajilah  samada menurunkan kadar bayaran atau meluluskan beberapa lagi siaran tv berbayar. Jika wujud persaingan mereka lebih peka kepada penonton.

Langkah menyedut wang rakyat yang terpaksa membayar ini juga satu yang menyebabkan kos sara hidup jadi tinggi. Rakyat tidak puas hati kerana wang yang dikeluarkan tidak berbaloi dan anggap ia sebagai eksploitasi oleh pihak berkenaan.

Selasa, 16 November 2010

PUTERI MUNTAH-MUNTAH DENGAR KENYATAAN NURUL IZAH ANWAR




 
Puteri muntah-muntah bila membaca kenyataan Nurul Izzah disurat khabar mengatakan berani kerana benar, lawan tetap lawan demi agama, bangsa dan negara.
Puteri rasa geli geleman dan loya kerana dia menyebut demi agama bangsa dan negara. Apa yag puteri tahu bahawa keluarga itu  anak beranak pengkhianat bangsa melayu.
Memburuk-burukan Malaysia diluar negara. Berpakat dengan yahdudi bagi menjahanamkan umat Islam. Sabotaj ekonomi dan halang pelabur luar negara datang ke Malaysia melabur.
Bapanya membenarkan kaum  dan agama lain membenarkan perkataan Allah diguna supaya umat Islam keliru digenerasi akan datang.
Bapanya melakukan perangai keji yang mana nabi tidak mengakui umat.
Bersepakat dengan DAP menindas melayu Pulau Pinang.
Nurul Izzah patut cermin diri jika ingin mengaku berjuang untuk agama,bangsa dan negara,  Cakap saja berjuang untuk bapa dan keluarga nya ingin jadi PM sudah. Tidak payah dakwa untuk perkara lain.
Sori, oaring melayu tidak perlu harapkan pengkhianat untuk membela mereka. Mereka lebih selamat jika pengkhianat  tidak sebut nama agama, bangsa dan negara.
Huweeek... huweek...huwek..
Baru lega.

Jumaat, 5 November 2010

PAKATAN MERUDUM



Puteri minta jauh dari angkuh, takbur dan sombong. Puteri insaf masih banyak kelemahan puteri dalam perjuangan. Bukan senang dalam usia remaja nak buang Gedik. Kadang-kadang orang lupa gedik juga boleh tarik perhatian umum kepada UMNO. Ramai juga pemuda sukakan gedik.

Puteri sumpah Pas jadi batu kerana diGalas Pas pukul kawan seperjuangan puteri dengan kayu bendera. Kemik hidung kawan puteri itu. Bila orang wanita tua buat perangai begitu orang kata muslimat meroyan.

PAS NO GOOD !!

Rabu, 3 November 2010

SELAMAT MENGUNDI DIGALAS




PUTERI UCAPKAN SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA PENDUDUK GALAS DAN JANGAN LUPA UNDILAH BARISAN NASIONAL

TOLAKLAH PARTI YANG KUAT BOHONG, MENIPU, TIDAK MENGIKTIRAF DAN MENDISKRIMINASI WANITA, PERASUAH DAN ZALIM TERHADAP RAKYAT.

TERIMA KASIH UNDI BN

Khamis, 28 Oktober 2010

CALON PAS GALAS MENGHINA KAUM HAWA

              siapa dia Dr Zul. Tunang?, Isteri, atau ....

Puteri terasa kesal terhadap calon PAS PRK Galas yang tidak menerangkan status perkahwinannya yang sebenar. Puteri rasa terkilan  Dr Zulkefli sebagai calon PAS Galas itu ada membawa perempuan dihari penamaan calon tetapi tidak jelas siapa sebenarnya perempuan tersebut.

Sebagai calon parti yang mengaku Islam sepatutnya mesti dijelaskan kepada rakyat statusnya. Mengapa perlu berselindung dengan rakyat dan pengundi. Apa kebaikannya.

Puteri pula mendengar desus desas calon PAS itu kena tangkap basah. Mengapa berdiam diri kalau perkara itu tidak benar?.

Puteri berharap kepada pengundi-pengundi DUN Galas jangan percaya lelaki semacam itu . Status perkahwinan pun tak jelas kepada umum.

Ahad, 10 Oktober 2010

TENGKU ADNAN SEPATUTNYA LEBIH AWAL KRITIK





Kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Setiausaha Agung UMNO Malaysia keatas sayap Pemuda dan Puteri sangat berbaloi dan sepatut dikritik lebih awal lagi sebelum jadi lumpuh. Sekarang baru kurang bermaya, ia masih bernasib baik. Kalau lumpuh ?


Puteri Jerantut berterima kasih teguran DS TAD cara terbuka. Kalau cara dalam kelambu dan romantis ia tidak sampai kependengaran kami dibawah. Teguran itu pasti berasas kerana TAD sendiri tahu kedudukan puteri dan pemuda pusat melalui lapuran mesyuarat MKT. Jika pihak lain mereka boleh gentel lagi.


Puteri Jerantut menyokong apa yang benar. Sekitar bulan April lalu kami telah menyatakan perkara yang sama terutama Pergerakan puteri diperingkat Negeri Pahang. Dimana kami menyifatkan pergerakan itu seperti ‘beruang salji’ yang aktif beberapa bulan sahaja dalam setahun kemudian mematikan diri berbulan-bulan sehingga lemak didalam badannya cair semua barulah ia bergerak semula.


Terus terang katakan bahawa kami tidak merasai sentuhan kepimpinan puteri Pusat dan negeri sejak pemilihan 2008. Tidak seperti dua kepimpinan sebelum ini.

Khamis, 9 September 2010

SALAM AIDILFITRI DARI PUTERI


HARTINI ABD.RAHMAN KETUA PUTERI UMNO JERANTUT PAHANG DM

Dengan ingatan tulus ikhlas saya dan rakan-rakan barisan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jerantut mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap, terkasar bahasa semasa kita bersama-sama berjuang menegakan agama bangsa dan negara.

Semoga persahabatan kita terus kekal padu kerana dalam keadaan bangsa melayu porak peranda ini menuntut kita melupakan segala sengketa dan menghapuskan perbezaan walau sekecil hama. Dihari yang mulia ini sama-samalah kita bersyukur bahawa kemakmuran kita masih kekal walaupun ada pihak tidak senang dengannya. Semoga bergembira. Kami doakan agar saudara saudari dan keluarga dirahmati Allah jua hendaknya. Wassalam.  Hartini.

Selasa, 7 September 2010

PUTERI KECEWA DATO SITI NURHALIZA HANYA KEJAR WANG & POPULARITI


Puteri sangat kecewa terhadap artis dari Pahang Dato' Siti Nurhaliza seorang artis yang telah berjaya dan kaya raya masih lagi mengejar populariti dan wang tanpa mengira perasaan 2.3 juta ahli UMNO diseluruh negara tidak termasuk ahli BN. Kami juga difahamkan Dato Siti Nurhaliza adalah juga seorang ahli UMNO bersama suaminya Dato' K.

Kekecewaan puteri kerana difahamkan Dato' Siti Nurhaliza menerima jemputan konsert besar-besaran anjuran Lim Guan Eng DAPig diPulau Pinang yang dijangka diadakan pada 16 september 2010 akan datang sebagai menyambut Hari Malaysia.

Sesungguhnya Dato' Siti Nurhaliza diperalatkan oleh DAP untuk menarik sokongan orang melayu dan Islam dinegeri itu supaya menyokong kekuasaan mereka. Selepas itu mereka menindas orang melayu dan Islam seperti beberapa peristiwa yang lepas. Selepas hari raya ini akan ada beberapa buah kampung melayu lagi  dimusnahkan.

Jemputan artis-artis popular itu hanyalah mengelabukan mata rakyat negeri itu bahawa kononnya DAPig  prihatin kepada orang melayu-Islam. Tetapi sebenarnya mereka anti Islam dan melayu. Inilah cara Lee Kuan Yew menghancurkan melayu Singapura satu ketika dahulu  dengan menghayalkan orang melayu dengan artis sehingga leka dan sekarang apa jadi?.

Puteri mengingatkan Dato' Siti Nurhaliza bahawa wang dan populariti jangan sampai menjual bangsa ! walaupun artis tiada  terlibat didalam politik tetapi artis juga mesti ada nilai perjuangan dan mengingati kita datang dari mana?

Isnin, 30 Ogos 2010

BAJET 2011 PM MAHU DENGAR SUARA RAKYAT


Proses penyediaan Bajet 2011 sedang sibuk dikendalikan oleh kementerian Kewangan untuk dibentangkan pada bulan oktober  2010 ini. Puteri mengucapkan terima kasih kepada YAB. Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana mempelawa rakyat untuk memberi cadangan agar dapat dimasukan didalam bajet itu jika ianya benar-benar munasabah pada pandangan kerajaan.

Walaupun kebelakangan ini kerajaan lebih cenderung menumpukan pembangunan disektor bandar, merancang pendapatan tinggi, liberalisasi ekonomi yang berasaskan marit dan banyak perkara yang boleh jadi sektor luar bandar dan desa  agak terlepas pandang maka puteri tetap mengingatkan pemerintah bahawa kawasan luar bandar masih lagi menjadi 'akar tunjang' kerajaan BN hari ini.

Pembangunan Luar Bandar masih banyak lagi yang tertinggal serta pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar tidak menampakkan perubahan dan tidak ada pula perancangan pembangunan ekonomi yang berkesan dikawasan itu.

Adalah tidak sukar untuk mengendalikan kakitangan awam, peneroka felda, penanam padi, nelayan kerana mereka mempunyai struktur yang jelas untuk dibantu. Namun demikian, masyarakat luar bandar tidak mempunyai struktur yang jelas, tidak tersusun samada maklumat asas kerana mereka terdiri berbagai-bagai bidang pencarian untuk hidup. Tidak ada usaha untuk menjadikan kehidupan kampung itu mempunyai struktur yang jelas supaya ia lebih mudah dilihat seperti sektor perkhimatan awam, peneroka, petani padi dan lain-lain.

Contohnya, kerajaan mudah untuk mengumumkan bantuan hari raya kepada peneroka, bonus raya kepada kakitangan awam baru-baru ini atau mudah untuk mengistiharkan bantuan kepada nelayan dan penanam padi kerana mereka berstruktur. Oleh itu usaha kearah itu hendaklah dilakukan supaya rakyat Malaysia dapat dibahagikan kedalam beberapa segmen yang kukuh supaya kerajaan mempunyai cukup maklumat untuk bertindak dan melihat kepentingan mereka secara lebih mudah dilaksana.

Kementerian Luar Bandar dan Pertanian tidak memainkan peranan ini secara serius sebab itu sehingga sekarang masyarakat luar bandar yang dikenalpasti sebagai 'orang kampung' sebenarnya masih bertaburan tidak jelas.

Bagaimanapun, kerajaan harus tidak meninggalkan masyarakat luar bandar kerana ia adalah sumber kekuatan pemerintah sebenarnya. Dibandar tidak boleh diharapkan berdasarkan pengalaman.
  

Sabtu, 21 Ogos 2010

KERAJAAN DIDESAK AMBIL TINDAKAN ADIL ISU PERKAUMAN

Puteri UMNO mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan adil terhadap isu-isu perkauman yang ditimbulkan oleh individu atau kumpulan tertentu. Tidak adil jika satu pihak diambil tindakan dan pihak lain dibiarkan begitu sahaja.

Pertubuhan Perkasa telah membuat lapuran polis mengenai parti politik MCA yang mengeluarkan  13 resolusi perkauman melampau menyentuh perasaan orang melayu apakah tindakannya?. 13 resolusi itu menimbulkan berbagai perasaan dikalangan orang melayu apakah kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri sedar? Mengapa tiada sebarang siasatan atau jawatan kuasa ditubuhkan?.

Puteri merasa hairan bila seorang pengetua sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdul Rahman Putra Kulai, Johor  Puan Hajjah  Siti Inshah Mansor yang mengamuk dengan kurang ajar anak-anak muridnya cepat-cepat di ambil perhatian bila kaum lain membuat lapuran Polis.  Cepat-cepat kementerian pelajaran menubuhkan jawatan kuasa siasatan. Apa ini?.

Sikap pemimpin selalu memukul anak sendiri kerana menjaga hati anak tetamu terus menjadi amalan walaupun anak sendiri itu benar atau paling kurang sama-sama salah.

Khairy Jamaluddin ketua Pemuda UMNO yang juga pengerusi Pemuda BN juga terlalu bias terhadap kaum lain. Tetapi isu- isu yang melibatkan kepentingan melayu diabaikan.  Pemuda UMNO sepatutnya membuat siasatan sendiri dahulu sebelum mengambil keputusan membuat kenyataan umum.

Puteri dengan tegas supaya kerajaan mengambil kira tekanan perasaan Hajjah Siti Inshah Mansor itu sebagai gejala yang timbul dari kebiadapan kaum lain terhadap orang melayu sebagaimana yang dikatakan oleh pemuda Jerantut itu. Puteri benar-benar bosan dengan kebiadapan kaum cina khususnya yang sentiasa menyakitkan hati orang melayu.