skip to main |
skip to sidebar
Kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Setiausaha Agung UMNO Malaysia keatas sayap Pemuda dan Puteri sangat berbaloi dan sepatut dikritik lebih awal lagi sebelum jadi lumpuh. Sekarang baru kurang bermaya, ia masih bernasib baik. Kalau lumpuh ?
Puteri Jerantut berterima kasih teguran DS TAD cara terbuka. Kalau cara dalam kelambu dan romantis ia tidak sampai kependengaran kami dibawah. Teguran itu pasti berasas kerana TAD sendiri tahu kedudukan puteri dan pemuda pusat melalui lapuran mesyuarat MKT. Jika pihak lain mereka boleh gentel lagi.
Puteri Jerantut menyokong apa yang benar. Sekitar bulan April lalu kami telah menyatakan perkara yang sama terutama Pergerakan puteri diperingkat Negeri Pahang. Dimana kami menyifatkan pergerakan itu seperti ‘beruang salji’ yang aktif beberapa bulan sahaja dalam setahun kemudian mematikan diri berbulan-bulan sehingga lemak didalam badannya cair semua barulah ia bergerak semula.
Terus terang katakan bahawa kami tidak merasai sentuhan kepimpinan puteri Pusat dan negeri sejak pemilihan 2008. Tidak seperti dua kepimpinan sebelum ini.
2 ulasan:
Salam.Tak salah kata setiausaha agong UMNO tu.Memang benar dan nampak nyata pemuda dan puteri senyap aje mcm ayam kena ketik tungo.Time pemilihan barulah beria ia nampak nak buat kerja.dah dpt jawatan semua diam mcm ayam berak kapo.pirah...
Puteri ada ke berjuang untuk menambahkan bilangan ahli UMNO? blog pu tak terjaga acu tenggok blog puter puteri serata bahagian tu dah 6 bulan lebih tak up date.
Catat Ulasan